Pages

Friday, June 5, 2009

Tiga Modal Utama Aliran 'Salah Pi'


Aliran Salafi pada hakikatnya merupakan aliran semua mazhab-mazhab di bawah naungan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sama ada yang berbentuk fiqh, aqidah ataupun akhlak. Ini kerana kesemuanya diambil daripada para ulama Salaf dan dikeluarkan daripada dua sumber utama, al-Quran dan hadith. (والكل يدور في فلكهما). Justeru yang tepatnya, aliran Salafi bukanlah suatu mazhab khusus yang dibolot oleh satu kelompok sahaja dan tidak boleh dikongsi oleh golongan lain.

Namun, oleh kerana tabiat semulajadi manusia menetapkan sesetengah istilah dipakai menurut kebiasaan sebutan dan perkhabaran lisan, maka istilah 'Salafi' sekarang menjurus kepada satu golongan tertentu. Mereka ini sebenarnya membawa tiga modal utama yang mana jika sesiapa sahaja menganutinya, maka dia sudah layak digelar 'salafi', 'athari' dan seumpamanya.

Tiga modal tersebut adalah ;

1. Menolak taklid kepada mazhab fiqh tertentu, kerana semua perkara boleh diambil terus daripada al-Quran dan hadith sahaja.
2. Menolak akidah fahaman al-Asy'ariyyah dan al-Maturidiyyah, kerana ia tidak diperlukan dalam memahami akidah dan perbahasan-perbahasannya yang detail.
3. Menolak aliran Tasawwuf dan ajaran tariqat-tariqat Sufi, kerana ia adalah punca berleluasanya bidaah dan khurafat.

Sekiranya anda hanya mengikut salah satu daripada tiga modal asas di atas, anda belum lagi layak untuk menjadi 'salafi' tegar. 'Salafi' ini akan menjadi 'salah pi' apabila dia merasa dirinya sahaja yang betul dan mula membidaah, memfasiq dan mengkafirkan orang lain..

Buku yang tak digemari aliran 'Salah Pi' (untuk baca/muat turun klik sini)

No comments: