Pages

Thursday, June 18, 2009

Buku Terbaru Dalam Koleksi al-Faqir


Oleh kerana saya baru beli buku ini, suka saya nak menguar-uarkan cetakan terbaru buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa’-doa’ Mustajab' di atas (yang sudah cetakan keenam - Mei 2009!). Cetakan baru edisi kedua ini adalah versi dikemaskini daripada buku edisi pertama (April 2008) dan edisi kedua (November 2008).

Buku ini adalah terbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’). Harga jualan runcit buku ini ialah RM15 di Semenanjung Malayisa dan RM16 di Sabah & Sarawak. Buku ini boleh dibeli terus di pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi atau di cawangan-cawangan Darussyifa’ seluruh Malaysia. (Rujuk: http://www.darussyifa.org/).

Bagaimanapun antara pesan Tuan Guru: "Belajar ilmu pengubatan seelok-eloknya mendapatkan ijazah daripada guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh saya daripada semua guru-guru saya termasuk daripada ayahanda saya sendiri. Sebagai mengambil contoh, Imam as-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam as-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja".

No comments: